KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga berusia 53 tahun kerugian RM25,280 selepas menjadi mangsa penipuan jual beli mangga harumanis yang dipromosikan menerusi media sosial. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang pada 18 April lalu ketika mangsa berada di Marang, dekat sini selepas tertarik dengan satu iklan jualan buah tersebut di Facebook. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Nor berkata, mangsa kemudian berhubung dengan individu yang dipercayai penjual sebelum menerima…










