MPSP arah pembersihan hutan secara haram di Empangan Mengkuang dihentikan serta-merta - Utusan Malaysia

MPSP arah pembersihan hutan secara haram di Empangan Mengkuang dihentikan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 27 April – Kerja-kerja pembersihan hutan secara haram yang dikesan berlaku berhampiran Empangan Mengkuang di sini sudah diarahkan dihentikan serta-merta.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung pencerobohan hutan secara haram itu.

Menurutnya, MPSP mengambil tindakan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan Parit dab Bangunan 1974 ( Akta 133) pada 17 April lalu atas kesalahan menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran MPSP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk makluman, MPSP memandang serius aktiviti penebangan hutan tanpa kebenaran ini dan kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

“MPSP sedang dalam proses mengambil tindakan pendakwaan mahkamah terhadap pemilik tanah berkenaan,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sekali lagi menerima laporan daripada orang awam berhubung aktiviti pembersihan hutan secara haram berhampiran Empangan Mengkuang itu yang menyebabkan kesan kemusnahannya serius.

Dalam pada itu, MPSP memaklumkan, untuk rekod sebanyak dua kes melibatkan penebangan hutan di Taman Sentosa (Tetuan Aik Eng Huat) dan Taman Bukit Indah (Tetuan Rayson Realty Sdn. Bhd.) telah diambil tindakan oleh MPSP dan dijatuhkan hukuman denda di mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini