Mohamad jawab isu isytihar harta - Utusan Malaysia

Mohamad jawab isu isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 2 April – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan perkara baharu dan kali terakhir beliau berbuat demikian ialah pada tahun 2017 semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata, kerajaan negeri ketika itu menitikberatkan perkara tersebut dan ia turut melibatkan exco-exco dan pegawai tinggi kerajaan lain.

‘‘Ia bukan perkara baharu dan diwajibkan setiap tahun. Kita daftarkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ada satu salinan di pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Sesiapa yang hendak tahu aset milik saya boleh periksa dengan pihak SPRM. Tetapi harta saya sudah susut dan terpaksa jual tanah, rumah dan kereta kerana saya tidak mempunyai pendapatan selain elaun dan pencen wakil rakyat,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ce­ramah di sini malam tadi yang membangkitkan berapa nilai harta dimiliki Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak nampak relevannya pengisytiharan harta dengan PRK DUN Rantau yang sedang berlangsung ketika ini.

‘‘Saya bukan lagi dalam kerajaan tetapi pihak sana yang perlu isytihar harta. Kalau calon Pakatan Harapan, Dr. S. Streram nak isytihar pun boleh, tetapi untuk apa,’’ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini