Meritokrasi pinggir golongan miskin masuk universiti - Utusan Malaysia

Meritokrasi pinggir golongan miskin masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Konsep meritokrasi bukan cara yang efektif bagi membantu golongan miskin luar bandar untuk sambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

ANWAR IBRAHIM
ANWAR IBRAHIM 

Hal itu dinyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggapan bahawa konsep meritokrasi hanya sesuai diamalkan dalam persaingan masyarakat di bandar sahaja.

“Sesetengah pihak terlalu teruja dengan konsep meritokrasi, bagaimanapun ia sesuai jika kamu tinggal di Kuala Lumpur atau Singapura kerana persaingan adalah sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam meritokrasi, kamu tidak boleh bersaing dengan masyarakat luar bandar, Tidak seorang pun dalam masyarakat Dayak di Kapit (Sarawak) dapat ‘A’ dalam semua subjek peperiksaan mereka,” katanya ketika berucap dalam persidangan Inter-Pacific Bar Association (IPBA) di Singapura seperti yang dilaporkan portal Channel News Asia malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menambah kuota kemasukan pelajar matrikulasi kementeriannya kepada 40,000 berbanding 25,000 sebelum ini.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, satu tindakan berkesan perlu dilakukan bagi memastikan kerajaan dapat membantu golongan miskin di luar bandar untuk melangkah masuk ke universiti.

“Beri latihan dan pendidikan tambahan supaya taraf mereka (golongan miskin) dapat diangkat sama rata dengan masyarakat luar bandar,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini