MELAKA 2 April – Kerajaan negeri akan memastikan permasalahan dihadapi guru di negeri ini dapat ditangani segera termasuk mengurangkan beban kerja bukan hakiki golongan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Noor Effendi Ahmad berkata, usaha itu bertujuan memastikan kumpulan berkenaan dapat memberi lebih tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)selaras hasrat Kementerian Pendidikan. Menurutnya, antara inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan termasuklah mengadakan dialog…










