PARIS 22 April – Kylian Mbappe menegaskan dia tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain selepas terdapat cakap-cakap mengenai perpindahannya ke Real Madrid pada musim depan.
Ketika ditanya mengenai masa depannya bersama PSG, pemain berusia 20 tahun itu berkata;’Saya kekal di PSG.
Mbappe memenangi Piala Dunia tahun lalu bersama Perancis meledak hatrik ketika membantu kelabnya menewaskan Monaco 3-1 dalam aksi liga, semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Spekulasi mengenai perpindahan Mbappe timbul selepas bos Real, Zinedine Zidane tanpa berselindung memberitahu berminat untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI











