Mayat disangka sampah: Dua lelaki warga Bangladesh ditahan - Utusan Malaysia

Mayat disangka sampah: Dua lelaki warga Bangladesh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April- Polis hari ini menahan dua lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat dalam bungkusan plastik hitam di Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Serdang, pagi tadi.

Menurut beliau, suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 April depan bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang semalam mendapati mangsa merupakan lelaki warga asing serta dipercayai telah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu berdasarkan badannya yang mula reput.

“Pemeriksaan lanjut juga menemukan kecederaan di bahagian kepala mangsa dan punca kematian dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismadi, satu sidang akhbar berkaitan kes itu akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini