Mangsa korban bas meningkat kepada 12 orang - Utusan Malaysia

Mangsa korban bas meningkat kepada 12 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 8 April- Jumlah korban bas pekerja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MASkargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat kepada 12 orang.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, seorang lagi mangsa iaitu wanita warga Indonesia, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang ini di Hospital Putrajaya.

“Jumlah terkini mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut ialah 12 orang iaitu lapan lelaki dan empat wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang maut ialah lima warga Bangladesh, Indonesia (4), Nepal (2) dan seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan pemandu bas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan 11 maut selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MASkargo di KLIA pada pukul 11.10 malam tadi-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini