KUALA LUMPUR 4 April – Skuad hoki wanita negara memulakan aksi pertama daripada lima siri persahabatan menentang India dengan kekalahan 0-3 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Biarpun tewas, pujian juga harus diberikan kepada skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kerana tidak membenarkan India berpesta gol dalam perlawanan berkenaan.
Dalam perlawanan tersebut tiga gol India hadir pada minit ke-17 hasil pukulan sudut penalti daripada Vandana Katariya sebelum dua gol padang menerusi Lalremsiami pada minit ke-38 serta pada minit ke-60 hasil jaringan Vandana Katariya.
Selepas ini skuad wanita negara akan meneruskan baki empat lagi perlawanan persahabatan iaitu pada Sabtu ini, Isnin, Rabu dan Khamis depan. – UTUSAN ONLINE











