Makanan simbol penyatuan budaya - Utusan Malaysia

Makanan simbol penyatuan budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Kerajaan disaran untuk terus memperhebatkan promosi produk makanan tempatan sebagai simbol penyatuan budaya antara semua pihak.

Tokoh budaya dan adat, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, usaha tersebut bukan sahaja dapat memperkenalkan makanan tradisi, bahkan dapat memperkukuhkan budaya menerusi makanan.

“Dalam soal budaya, kita boleh tumpukan dalam hal-hal berkaitan kekitaan menerusi makanan dan dalam konteks itu kita perlu lihat falsafah dunia. Kenapa makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) dan piza popular di negara ini namun, nasi lemak dan rendang yang cukup enak tidak menjadi pilihan di timur tengah dan negara-negara Eropah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, adalah penting untuk kita sedar dan tahu akan kepentingan budaya menerusi makanan yang dilihat mampu meletakkan Malaysia setanding dengan negara lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dan Presiden Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (JM3), Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini