SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund) Nazrin Jassan pada Jun tahun lepas. Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam tertuduh, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin. Dalam penghakimannya,…










