Madinah Ramadan tumpu penghayatan al-Quran - Utusan Malaysia

Madinah Ramadan tumpu penghayatan al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 April – Pelaksanaan program Madinah Ramadan anjuran Kerajaan Pas Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tahun ini lebih tertumpu kepada penghayatan serta mendalami al-Quran.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi program ini, masyarakat bukan sahaja melakukan amal ibadat, malah dapat menyertai pelbagai aktiviti keilmuan yang diaturkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, program tahunan yang berpusat di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini turut menyediakan sebanyak 1,000 hingga 1,500 pek berbuka puasa kepada orang awam setiap hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara program yang diaturkan tahun ini adalah kita akan mengadakan bicara al- Quran di mana kita dapat belajar mengenai kaedah bacaan, tarannum serta mengkaji isi al-Quran.

“Selain itu, pengisian sepanjang bulan Ramadan ini adalah seperti solat tarawih, qiamullail, tadarus al-Quran, relay qiraati al-Quran, kelas daurah tafsir Ramadan, majlis 100 kali khatam al-Quran dan banyak lagi, “katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Infaq Ramadan di Hotel Grand River View (GRV) di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ahmad turut melancarkan Tabung Ihya Ramadan bagi pelaksanaan program itu yang berjaya mengumpul sumbangan pelbagai pihak sebanyak RM1.46 juta setakat ini termasuk peruntukan RM600,000 daripada kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada semua yang menyumbang untuk penganjuran program ini.

“Ini membuktikan masyarakat hari ini sangat menyokong dan semakin prihatin dengan program-program berbentuk ibadat dan ini juga adalah untuk membantu golongan miskin.

“Malah dengan pelaksanaan program ini juga, kita jangka pelancong-pelancong akan datang terutama daripada Singapura dan negara-negara jiran seperti tahun sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini