Lin Dan pendorong Chong Wei - Utusan Malaysia

Lin Dan pendorong Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Lin Dan telah menaikkan motivasi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Chong Wei, 37, mengakui dia tidak sabar untuk menentang musuh tradisinya itu di atas gelanggang, malah mula berkeyakinan untuk layak ke Sukan Olimpik tahun depan.

Semuanya bermula apabila, pemenang pingat emas dua kali Olimpik, Lin Dan memberi bayangan betapa dia hanya akan bersara jika Chong Wei membuat keputusan sama sejurus selepas menewaskan jaguh No. 3 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen dalam Terbuka Malaysia, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Musuh tradisi saya yang juga teman baik Lin Dan melakar kemenangan menakjubkan ke atas Chou Tien Chen, semalam dan selepas kemenangannya, saya berbesar hati apabila dia berkata ‘Disebabkan Chong Wei belum bersara daripada badminton ia memberikan motivasi kepada saya’.

“Saya sangat berharap dapat membuat perhitungan dengannya di atas gelanggang secepat mungkin. Dapat beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga akan membuatkan impian saya menjadi kenyataan.

“Tahun depan mungkin akan menjadi penampilan kelima dan terakhir buat saya dalam Olimpik, seandainya Tuhan izinkan serta tubuh badan saya sihat, saya berharap dapat memasuki gelanggang di Tokyo.

“Bagi saya ia sesuatu yang hebat apabila dapat kembali ke gelanggang dan bertemu Lin Dan sekali lagi selepas permusuhan kami masuk 20 tahun,” kata Chong Wei dalam akaun Facebook.

Chong Wei menyokong Lin Dan untuk menjuarai Terbuka Malaysia memandangkan tiada lagi wakil negara dalam perseorangan lelaki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini