JOHOR BAHRU 27 April – Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya kembali kepada keutamaan serta tanggungjawab beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan atau melepaskan jawatan itu jika tidak lagi mampu menguruskan sukan negara. Ahli Jawatankuasa Kebudayaan, Sukan dan Keagamaan DMJ, Mohamad Isamuddin Mohamad Isa berkata, gesaan itu dibuat kerana Syed Saddiq dilihat sibuk mempertahankan tindakannya untuk membawa artis popular dari Korea Selatan, BTS ke Malaysia…










