MANCHESTER 28 April – Paul Pogba telah meminta Manchester United menjualnya kepada Real Madrid sebaik sahaja musim ini berakhir, malah sudah mencapai persetujuan dengan gergasi bola sepak Sepanyol itu. Menurut media Britain, perancang utama Perancis tersebut hampir pasti meninggalkan Old Trafford dan bersetuju dengan kontrak 10.3 juta pound (RM55 juta) setahun bersama Real. Pogba, 26, sebelum ini turut dikaitkan dengan bekas pasukannya, Juventus, namun dia lebih berminat untuk menyertai Real yang…










