SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki membakar sebuah rumah selepas berang kerana tidak dapat berjumpa dengan teman wanitanya yang merupakan isteri orang membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Mohamad Khairul Imman Saaidin, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Dia yang masih bujang dan bekerja di sebuah kedai makan didakwa melakukan khianat dengan api…










