TAPAH – Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 349.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Azry Izwan Rohaizad, 22, yang berasal dari Kamunting itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah dan tersepit di dalam kereta jenis Proton Wira. Ketua Polis Daerah Tapah,…










