Lelaki ditemui maut dengan kesan tetakan - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui maut dengan kesan tetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 April – Penduduk Kampung Kedondong di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala, muka dan badan malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, mangsa berusia awal 30-an ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian di hadapan sebuah rumah di kampung tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pihak polis menerima maklumat penemuan mayat seorang lelaki di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, muka dan badan akibat ditetak.

“Kita tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan kita percaya mangsa ditetak di lokasi ini berikutan penemuan darah di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Tambahnya, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini