KUALA LUMPUR 28 April – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menganjurkan International Occupational Safety Half Marathon (IOSH Marathon) di UiTM Shah Alam hari ini. Program larian tersebut merupakan satu usaha untuk memasyarakatkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang baik kepada para pekerja. Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak…










