Lapan lelaki, enam perempuan sertai pesta liar ditahan - Utusan Malaysia

Lapan lelaki, enam perempuan sertai pesta liar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 4 April – Polis menahan lapan lelaki dan enam perempuan yang menyertai pesta liar di sebuah bilik hotel di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, polis turut merampas satu gram ketamin diletakkan di dalam pinggan kecil yang digunakan untuk tujuan berhibur ketika pesta tersebut berlangsung.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 35 tahun terdiri rakyat tempatan dan dua warganegara Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ujian awal air kencing mendapati 12 daripada mereka terdiri lapan lelaki dan empat perempuan positif menggunakan dadah jenis ketamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan dilakukan selepas polis menerima laporan terdapat kumpulan berpesta di bilik hotel tersebut yang dijadikan sebagai persinggahan selepas individu tersebut keluar dari pusat hiburan pada malam sebelumnya bagi tujuan khayal sambil berhibur. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini