Lapan ditahan laga ayam - Utusan Malaysia

Lapan ditahan laga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG –  Lapan individu ditahan ketika sedang leka menyabung ayam di markas kegiatan tersebut di satu kawasan kebun di Taming Jaya di sini hari ini.

Serbuan tersebut dilakukan oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Pegawai Operasi, Asisten Superintendan Rozam Affendy berkata, dalam Ops Laga itu, pihaknya menahan lapan individu termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 46 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua yang ditahan adalah pihak penganjur manakala lima individu lagi adalah pemain warga Indonesia.

“Seorang  lelaki warga tempatan yang ditahan pula disyaki terlibat dengan geng kongsi gelap 04 serta memiliki rekod dikehendaki bersabit kes jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rozam menambah, polis turut merampas lapan ekor ayam, 12 bilah pisau yang dijadikan taji ayam beserta wang tunai bernilai RM777.

“Kegiatan tersebut dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dengan kebanyakan pemain yang menyertainya adalah dari kawasan Balakong, Seri Kembangan dan Kajang.

“Aktiviti pertaruhan laga ayam itu dibuat sekitar pukul  10 pagi hingga pukul 1 petang dengan nilai pertaruhan yang bermula daripada RM100 hingga RM500,” ujarnya.

Kes tersebut  disiasat mengikut Seksyen 7(2)  Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44 (1) Akta Binatang  1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini