KUALA LUMPUR 6 April – Selepas dikritik peminat gara-gara menurunkan pengadil kelahiran Johor dalam perlawanan kontroversi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil mempertahankan keputusan mereka. Aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu berlangsung tegang selepas pengadil, Fitri Maskon melayangkan tiga kad merah kepada pemain Felda, situasi yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh JDT untuk menyumbat tiga gol dalam tempoh 10…










