La Liga milik Barcelona - Utusan Malaysia

La Liga milik Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 28 April – Barcelona mungkin belum membuktikan mereka pasukan terbaik di Eropah namun kehebatan skuad Catalan itu di Sepanyol tidak dapat dinafikan selepas menjulang La Liga buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Barca mengesahkan kejuaraan lebih awal selepas mengatasi Atletico Madrid sembilan mata dengan baki tiga perlawanan manakala Real Madrid berusaha menamatkan liga di tempat kedua.

“Matlamat utama kami adalah konsisten, menjadi yang terbaik setiap hari,” kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde.

Memuatkan artikel berkaitan…

Barcelona mengesahkan kejuaraan mereka selepas menewaskan Levante 1-0 hasil jaringan Lionel Messi yang turut muncul pemain pertama memenangi 10 trofi La Liga bersama kelab tersebut.

“Messi merupakan tonggak kepada kejayaan kami. Itu dapat dibuktikan sebaik sahaja dia menyertai kelab, banyak trofi yang berjaya dimenangi oleh kelab ini.

“Sekiranya saya perlu menyenaraikan nama sudah tentunya dia menjadi pilihan utama,” kata Valverde lagi.

Barca berpeluang menambah satu lagi trofi apabila mereka akan bertemu Valencia dalam final Copa del Rey di Sevila pada bulan depan malah mereka juga menentang Liverpool dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Kami perlu memastikan kejuaraan ini dengan segera, tanpa melepaskannya. Kemudian kami akan fikir mengenai Liverpool dan separuh akhir Liga Juara-Juara,” kata Messi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini