PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan perbincangan dengan setiap kerajaan negeri untuk membaik pulih atau membina semula rumah flat yang berusia lebih 30 tahun. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihak kementerian akan menyelidik dan menyemak semula terlebih dahulu keperluan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut di kawasan rumah flat. “Dalam polisi perumahan negara, ada satu polisi untuk membangunkan semula rumah flat yang berusia lebih 30 tahun. “Jadi, kita akan…










