PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersiap-sedia untuk melaksanakan subsidi minyak petrol RON95 secara bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) pada tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan subsidi itu akan dijalankan sepenuhnya selepas pihak kementerian menerima data akhir senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Jelasnya, beliau telah difahamkan bahawa pengumpulan data oleh pihak sekreteriat BSH berada pada fasa akhir sebelum pengumuman…










