Koperal maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Koperal maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SLIM RIVER – Seorang angota tentera berpangkat Koperal maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Kilometer 365.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.30 malam itu, mangsa, Suhaimi Amir Saidin, 34, yang bertugas dalam Pasukan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera (RAJD) itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja yang sedang dalam perjalanan ke Kedah sedang memandu di lorong kanan namun pemandunya bertindak memperlahankan kereta selepas dia terlanggar tayar yang terjatuh dari sebuah lori di hadapannya.

Mangsa yang ketika itu sedang berada di belakang kereta tersebut tidak sempat memgelak sebelum merempuh bahagian belakang kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki BR250-E cedera parah dan disahkan maut akibat rempuhan tersebut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat.

“Pemandu Proton Waja berusia 37 tahun dan pemandu lori berusia 20 tahun pula tidan mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×