LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa pasukannya perlu terus fokus dalam baki saingan terakhir liga dan melupakan kemungkinan pencabar utama mereka, Manchester City bakal tercicir mata. Liverpool kembali menerajui takhta Liga Perdana England selepas membelasah pasukan di zon penyingkiran, Huddersfield awal pagi semalam di Anfield. Pada aksi tersebut, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing telah meledak dua gol sementara satu lagi gol berjaya dihasilkan oleh Naby Keita yang…










