KUALA LUMPUR 28 April – Pengendali Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris mengakui ketumpulan barisan serangan menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Terengganu FC II (TFC II) dalam aksi Liga Perdana, malam tadi. JURULATIH Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris Bagaimanapun, Mat Zan mendedahkan pasukannya bakal mengikat penyerang dari Brazil pada jendela kedua perpindahan pemain yang bermula pada 2 Mei ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah tersebut. “Kita tiada penyerang tulen,…










