Keretakan pangsapuri disahkan masih aktif - Utusan Malaysia

Keretakan pangsapuri disahkan masih aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Keretakan di Pangsapuri Kos Rendah Taman Keramat Permai, dekat sini didapati masih aktif.

Ketua Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd. Yusof berkata, perkara itu disahkan oleh tiga agensi iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Bahagian Struktur Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika melakukan pemeriksaan di bangunan itu tengah malam tadi.

Ujarnya, susulan itu pasukan forensik JKR dan perunding PKNS bersama arkitek Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mula melakukan ujian sejak pagi tadi sebelum memutuskan tahap keselamatan bangunan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka telah memasang alat pengesan pengerakan tanah sejak pagi ini jadi kita jangkakan siasatan ini akan berterusan selama tiga hari.

“Kita mahu melihat laporan siasatan tersebut secara konsisten sebelum membuat keputusan sama ada banggunan tersebut selamat untuk diduduki atau tidak,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Majls Perbandaran Ampang Jaya, Abdul Aziz Abdul Jalal ketika ditemui memberitahu, sebanyak sembilan keluarga telah berada pusat pemindahan sementara.

Jelasnya, kesemua mereka merupakan sebahagian daripada penghuni dari 37 unit rumah yang terkesan dan jumlah tersebut adalah setakat sehingga pukul 12.30 tengah hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini