‘Kerajaan saya bebas rasuah’ - Utusan Malaysia

‘Kerajaan saya bebas rasuah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 2 April – Calon Presiden Indonesia nombor dua, Prabowo Su­bianto berjanji akan mengamalkan pemerintahan yang bebas daripada rasuah sekiranya memenangi pilihan raya Presiden (pilpres), bulan ini.

Lapor Republika.co.id, untuk mencapai hasrat ber­kenaan, Prabowo akan memilih individu yang pintar dan menyokong visinya sebagai anggota Kabinet dalam memastikan pentadbirannya bersih daripada rasuah.

Menurut Prabowo, mereka yang dilantik menjadi menteri Kabinet perlu bersedia untuk menandatangani surat perjanjian yang akan diumumkan kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, mereka juga perlu bersedia bekerja untuk rakyat dan berjanji tidak akan menggunakan kedudukannya bagi kepen­tingan peribadi, keluarga atau kenalannya.

“Kalau tidak bersedia menandatangani surat berkenaan, saya tidak akan melantik mereka,” kata Prabowo, semalam.

Beliau berkata demikian semasa berkempen di gelanggang olahraga Satria Purwokerto., di sini.

Prabowo dikatakan ingin membentuk corak pemerintahan yang bersih kerana sikap ahli politik tertinggi yang selama ini mudah disogok sehingga menyebabkan kekayaan negara ‘dirompak’ oleh pihak tertentu.

“Kalau kerajaan terus terbabit rasuah, ia menyebabkan kehancuran kepada bangsa, negara dan rakyat,” tegas Prabowo.

Dalam perkembangan berlainan, Prabowo turut menyindir pihak yang mendakwa dirinya menyokong Indonesia menjadi negara khalifah, baru-baru ini.

“Ada pihak yang menuduh saya menyokong khalifah. Namun ternyata yang menuduh khalifah itu, dialah yang mewujudkan kha­lifah,” kata Prabowo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini