ALOR SETAR 2 April – Polis mengesahkan kematian tiga beranak dalam kebakaran rumah berdekatan Jeti Nelayan Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi, semalam tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan lemas dan terbakar akibat kebakaran berkenaan. “Pakar Patologi yang melakukan proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada ketiga-tiga mayat…










