Kelantan harap Petronas hadir prosiding penarikan saman pada 17 Mei - Utusan Malaysia

Kelantan harap Petronas hadir prosiding penarikan saman pada 17 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke mahkamah bagi membolehkan prosiding penarikan saman royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei ini, dapat diselesaikan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, prosiding yang diadakan 17 April lepas terpaksa ditangguhkan ke 17 Mei disebabkan tiada wakil Petronas dan kerajaan persekutuan yang hadir.

“Kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenainya (penarikan saman) disebabkan perkara itu hanya boleh diputuskan di dalam mahkamah…wakil daripada Petronas dan kerajaan persekutuan mesti hadir untuk kita kemukakan (penarikan saman) itu,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Al-Quran Al Karim peringkat Antarabangsa 1440H/2019M di sini malam tadi, Ahmad berkata prosiding yang akan datang adalah pada bulan Ramadan dan semua pihak diharap dapat menghadirkan diri supaya urusan dapat dilaksanakan dengan baik sempena bulan yang mulia itu.

Penarikan saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan kerajaan persekutuan sebagai pencelah, hanya dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini