KOTA BHARU 8 April – Tidak sampai sebulan kembali ke pangkuan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi membuat keputusan meninggalkan The Red Warriors kerana sedar dia mungkin sudah tiada tempat bersama pasukan itu. Telerainya kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan My Inspiration Sdn. Bhd baru-baru ini adalah punca utama bintang tengah berusia 36 tahun itu mengambil keputusan berundur. KAFA sebelum ini memberitahu, mereka akan mengaji semula kedudukan semua pemain yang…









