KAMPUNG Baru ‘tanah keramat’ bagi orang Melayu yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur wajib dipertahankan sampai bila-bila. Di situlah bermulanya Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac 1946 sehingga tercetusnya cadangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Menurut buku Jejak Pejuang: Harimau Mati Meninggalkan Belang (1996) terbitan UMNO Selangor, berita mengenai Kongres Melayu Pertama itu yang akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung…










