KEPALA BATAS 28 April – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7 seorang tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga. “Jangkaan kutipan zakat fitrah dianggarkan sebanyak RM5.2 juta yang dikutip daripada 700,000 orang penduduk…










