SEBERANG PERAI – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan nilai zakat fitrah bagi negeri ini kekal pada kadar RM7 seorang tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga. “Kutipan zakat fitrah tahun ini dianggarkan sebanyak RM5.2 juta yang dikutip daripada 700,000 orang…










