KOTA BHARU – Proses pembenihan awan untuk menghasilkan hujan akan dilaksanakan di kawasan tanaman padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) minggu ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, usaha itu perlu bagi mengatasi masalah tanaman padi yang terjejas akibat musim kemarau. Beliau berkata, kawasan padi seluas 7,740 hektar melibatkan 2,500 pesawah atau satu pertiga daripada keseluruhan 26,833 hektar kawasan padi KADA mengalami masalah bekalan air. “Kita…










