Jangan mengelak, jika tiada yang disembunyikan - Utusan Malaysia

Jangan mengelak, jika tiada yang disembunyikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan disifatkan sebagai seorang yang bersikap defensif kerana sebelum ini enggan menjawab permintaan lawannya, Dr. S. Streram berhubung isu banglo yang dikaitkan dengannya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mohamad sepatutnya tidak perlu mengelak daripada menjawab soalan yang dibangkitkan calon Pakatan Harapan (PH).

“Pada saya kalau kita tiada apa-apa yang hendak disembunyikan bagi tahu sahaja secara terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isunya adalah sebelum ini beliau memberitahu selepas kalah terpaksa keluar daripada kediaman rasmi dan tiada mempunyai rumah,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan program Food Bank Siswa di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan Timbalan Presiden UMNO yang enggan menjawab soalan pihak lawan sebelum ini membuktikannya seorang yang defensif.

Sebelum ini Mohamad memberitahu beliau enggan melayan permintaan Streram berhubung banglo di Seremban.

Namun pada hari ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menafikan kediaman mewah yang tular dalam laman sosial, miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini