ALOR SETAR 31 Mac – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengambil inisiatif memberi hadiah kepada penyokong yang membersihkan kawasan masing-masing di Stadium Darul Aman selepas tamat setiap perlawanan. Idea itu hadir selepas badan bola sepak tersebut kecewa dengan sikap segelintir penyokong tidak bertanggungjawab yang meninggalkan stadium dalam keadaan kotor sejurus tamat perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu. KFA dalam Facebook rasmi mereka hari ini berkongsi…