KUALA LUMPUR 8 April – Laluan di Jalan Taman Putra, Ampang dekat sini akan ditutup selama tujuh jam bagi semua kenderaan untuk memberi laluan kerja-kerja pemasangan ‘crosshead’ pada 8 hingga 13 April ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, pemasangan ‘crosshead’ itu bagi menyiapkan projek Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).
Katanya, semua kerja-kerja permasangan berkenaan akan dilakukan dari pukul 10 malam hingga 5 pagi.
“Pengguna perlu menggunakan laluan alternatif dari Jalan Ampang melalui Jalan Lembah Jaya Selatan-Jalan Ampang Indah-Jalan Indah 7-Jalan Permai E-Jalan Indah 1-Jalan Indah 7-Jalan Permai E.
“Manakala laluan dari arah Hulu Langat perlu melalui Jalan Dagang 6-Jalan Halaman 2-Jalan Watan 7-Jalan Watan-Jalan Desa Ampang-Jalan Susur-Lorong Ikan Emas 7-Jalan Watan 20-Jalan Wawasan Ampang,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan dan mematuhi papan tanda keselamatan bagi mengelakkan kesesakan. – UTUSAN ONLINE











