JOHOR BAHRU 28 April – Iskandar Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur di negara ini apabila berjaya mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM7.7 bilion pada suku pertama tahun ini, menjadikan jumlah pelaburan komited terkumpul dari 2006 hingga 31 Mac sebanyak RM293 bilion. Daripada jumlah itu, 57 peratus atau RM166 bilion merupakan pelaburan yang sudah direalisasikan di wilayah pembangunan Iskandar itu. Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kejayaan itu juga membuktikan…










