KUALA LUMPUR 5 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menerima kunjungan hormat daripada delegasi pemimpin bola sepak yang diketuai oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino di Putrajaya, hari ini. Infantino diiringi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kohzo Tashima dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, di Pejabat Perdana Menteri. Ia merupakan pertemuan rasmi pertama antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden FIFA sejak tahun 1960-an, apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj beberapa kali menerima kunjungan Stanley Rous.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya