Seorang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Hang Tuah

Seorang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Hang Tuah

Sebanyak satu unit Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Water Tanker (WT) dan tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) bersama 14 anggota lain dikerahkan ke lokasi.-Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut dalam satu kejadian kebakaran membabitkan sebuah unit rumah di Blok B, Tingkat 10, No. 9, Flat Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, di sini awal pagi semalam.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu menerusi talian MERS999 pada pukul 2.54 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kemudian mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Sebanyak satu unit Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Water Tanker (WT) dan tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) bersama 14 anggota lain dikerahkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohamad Riduan Akhyar, pasukannya tiba di lokasi pada pukul 2.58 pagi dan mendapati kebakaran berlaku di tingkat 10 flat berkenaan.

“Kebakaran berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi itu memusnahkan keseluruhan unit rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 50 tahun ditemukan maut di dalam bilik air unit berkenaan.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3.10 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.35 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN