Industri perbankan Islam perlu proaktif - Utusan Malaysia

Industri perbankan Islam perlu proaktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Peneraju perbankan dan kewangan Islam perlu lebih proaktif dalam memberi penekanan terhadap aspek kemampanan perbankan seperti yang dilaksanakan oleh industri perbankan konvensional.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadikin Ali berkata, industri perbankan Islam pada ketika sudah mempunyai asas tersebut, namun kurang diberi penekanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, perbankan konvensional mendahului dalam aspek kemampanan perbankan, tetapi tidak menggambarkan industri perbankan Islam telah ketinggalan.

“Kita mahu ia berdiri setara dengan industri konvensional,” katanya pada majlis Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2019 di sini hari ini.

Tambah Adissadikin, peneraju industri perlu mengambil pendekatan lebih berani agar pihak lain menyedari industri perbankan Islam juga mengambil berat berhubung kemampanan perbankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini