Imej ‘Kaabah’: PUBG Mobile mohon maaf - Utusan Malaysia

Imej ‘Kaabah’: PUBG Mobile mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 2 April – Sama seperti di negara lain, permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) menjadi kegilaan semua golongan muda di India sehingga ada empat bandar di negara ini melarang permainan tersebut bagi melindungi kanak-kanak.

Portal berita Abascus News melaporkan, dianggarkan sebanyak 21 individu dari empat bandar di negeri Gujarat juga ditahan kerana bermain PUBG, malah tempoh yang dibenarkan untuk bermain permainan tersebut dihadkan selama enam jam sehari.

ITEM yang diperkenalkan oleh PUBG Mobile berbentuk seperti Kaabah
ITEM yang diperkenalkan oleh PUBG Mobile berbentuk seperti Kaabah mencetuskan kemarahan umat Islam. – AGENSI 

Namun, PUBG baru-baru ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemain beragama Islam apabila menampilkan item mirip bentuk Kaabah yang me­rupakan kiblat untuk umat Islam di seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Item tersebut diperkenalkan oleh PUBG Mobile semasa me­nyambut ulang tahun pertama permainan itu.

Penduduk Islam di India turut tidak terlepas melahirkan rasa marah terhadap syarikat permainan dari China itu de­ngan mewujudkan kempen #boycottPUBG, malah kebanyakan pemain juga memadam permainan berkenaan, selain membuat petisyen menuntut PUBG memohon maaf.

Susulan perkara itu, PUBG Mobile sebagai syarikat yang membangunkan permainan berkenaan bertindak menarik balik item tersebut dan memohon maaf menerusi Twitter.

Dalam pada itu, ahli politik di India terutamanya di empat bandar di Gujarat yang mengharamkan permainan tersebut menyifatkan PUBG sebagai ‘terlalu ganas’ dan menjejaskan tumpuan pelajar untuk fokus dalam pembelajaran.

Media tempatan pula melabelkan PUBG sebagai wabak yang mengubah kanak-kanak menjadi seorang yang mengalami masalah mental.

Selain itu, Indonesia juga bercadang mengharamkan permainan tersebut di seluruh negara, manakala beberapa pemimpin di Malaysia turut berbincang untuk melakukan perkara yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini