BATU KAWAN 2 April – Pihak pengurusan Ikea di sini berharap dua remaja yang ditahan polis selepas menyelinap masuk ke dalam gedung perabot tersebut Sabtu lalu mendapat pengajaran daripada kejadian itu. Pengurusan Ikea dalam kenyataan di sini berkata, tindakan kedua-dua remaja berkenaan amat merbahaya. “Kami sedar bahwa berada di Ikea bagaikan berada di rumah, namun tindakan ini merbahaya kerana keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami. “Remaja terbabit tidak terlibat dalam kecurian…










