KEPALA BATAS 26 April – Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes buang bayi di Masjid Lama Ara Kuda, Tasek Gelugor, Selasa lalu. Kedua-dua suspek berusia 28 tahun yang juga suspek utama kes tersebut ditahan di Hospital Kulim, Kedah kerana dipercayai bersubahat membuang bayi perempuan tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil soal siasat suspek mengaku melahirkan bayi perempuan itu di rumah ibunya di Kulim sebelum membuang bayi tersebut di masjid berkenaan. “Suspek juga mengaku merahsiakan kandungannya daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya