Hudson-Odoi akui musimnya telah berakhir - Utusan Malaysia

Hudson-Odoi akui musimnya telah berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 April – Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi berkata, aksinya musim ini telah berakhir selepas mengalami kecederaan ketika menentang Burnley dalam kempen Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-2 itu menyaksikan Hudson-Odoi terpaksa dikeluarkan dari padang berikutan mengalami kecederaan patah tendon Achilles. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Hudson-Odoi sendiri menerusi laman Twitter rasminya, hari ini.

“Saya amat kecewa untuk menamatkan musim dengan Achilles yang patah. Saya perlu berusaha keras dan mencuba untuk kembali dengan lebih kuat musim depan,” kata Hudson-Odoi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, penolong jurulatih Chelsea, Gianfranco Zola memberitahu, bahawa kecederaan yang dialami Hudson-Odoi itu amat serius.

“Ia bukan kecederaan ringan terutama apabila melibatkan tendon Achilles. Dia akan menjalani pemeriksaan, namun, saya dapat lihat ia tidak kelihatan baik,” kata Zola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini