SHAH ALAM 28 April – Pemain Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini boleh mendapatkan rawatan pemulihan berprestasi tinggi akibat kecederaan yang dialami ketika perlawanan di Hospital Pakar Avisena di sini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospital Pakar Avisena, Datuk Dr Omar Abd Hamid berkata, melalui kerjasama itu, pemain bawah naungan FAS akan menerima rawatan ‘penjagaan peribadi’ daripada pasukan fisioterapi dan doktor yang mahir dan terlatih dalam pengurusan pemulihan dan…










