JERANTUT – Badan Permuafakatan Generasi Baharu Pahang (BPGBP) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) menutup akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ setelah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Musta’in Billah. Lembaga Penasihatnya, Datuk Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata, tindakan biadab pemilik akaun Facebook terbabit mengundang kemarahan seluruh lapisan masyarakat sejak semalam. “Kami menyeru Menterinya, Gobind Singh Deo segera bertindak kerana laman sosial itu masih…









